Khamis, 26 Mei 2011
Trip ke Taman Negara Pahang.
Gambar kenangan semasa pergi Taman Negara, Pahang pada 24 Mei 11 hingga 26 Mei 11
Bergambar bersama En Riffi , Pengusaha hostel berkonsep backpacker yg sering mendapat kunjungan pelancong asing.
Ada gaya ke bro...
Di hadapan Pusat maklumat pelancong. Di sini ada maklumat yang perlu kita ketahui...
Minum pagi bersama Pak Abu....dan rakan2...
Gaya seorang Nature Guidge yang berpengalaman yg merupakan bekas kakitangan Perhilitan. Mampu menghuraikan fakta2 tentang flora dan fauna.....namanya En Wan..
Cikgu Zul bersama rakannya yg bersama mengikuti aktiviti trekking..
Memang ada rasa gayat... kepada yg nak merasa datanglah ke Taman Negara pahang...
Bersama Kumpulan 3
Hayatilah senikata lagu sendiri dari Jamal... Sendiri tiada berteman ..rasa sunyi...
Sendiri ada waktunya.. mengubat jiwa yang ..
Lepas nie... mana pergi kawan2.. mana pergi sahabat....
Bukan senang dpt makan dan penginapan sponser bro.....
Makan puas2 kkkk....
Pejabat Perhilitan di Taman Negara.......
Jadual Aktiviti harian.........
Rabu, 18 Mei 2011
Sejarah batu Pahat, johor.
SEJARAH BATU PAHAT, JOHOR.
Pada zaman dahulu, Batu Pahat dikenali sebagai Pulau Kundur dan Sungai Batu Pahat juga dikenali sebagai Sungai Kundur. Ianya merupakan petempatan-petempatan kecil yang berasingan yang dibuka oleh orang-orang kenamaan dan orang-orang besar seperti penghulu dan ketua-ketua kampung. Sebagai contoh, semasa pemerintahan Sultan Hussin di Singapura dan Johor, dua orang ketua dari orang-orang Melayu Daik, dan seorang lagi dari Simpang Kiri bernama Rapang dari keturunan Orang Besar Pahang telah menghadap Sultan Hussin. Mereka berdua telah diberi taraf penghulu oleh Sultan Hussin di tempat masing-masing pada tahun 1834. Berikutan dengan pembukaan petempatan-petempatan kecil ini, maka kawasan Batu Pahat ini telah bertambah maju dan meluas. Maka pada tahun 1885 beberapa orang keturunan Inggeris iaitu nama-namanya Stiple, Jackson, dan Watt telah membuka sebuah ladang kopi di kaki Bukit Penggaram, iaitu berhampiran dengan Pengkalan Jeram. Pemborong yang telah mengerjakan ladang itu ialah seorang Cina bernama Lim Soo Poon telah menjadi seorang kaya (taukeh) dan ia telah dapat membuat empat pintu rumah batu berdekatan dengan Sungai Batu Pahat. Usaha-usaha untuk membuka bandar Batu Pahat semakin giat dijalankan pada tahun 1888 oleh Dato' Yahya bin Awaluddin yang juga dikenali sebagai Dato' Yahya Tinggi di suatu kawasan Bukit Senangin, Kampung Tambak, tebing kanan Sungai Batu Pahat. Tetapi usaha beliau menemui kegagalan kerana faktor geografi dan ekonomi yang tidak sesuai. Malah menurut kepercayaan orang tua yang ada, di kawasan itu tidak boleh dijadikan bandar kerana akhirnya akan dimasuki "angin". Akhirnya tempat itu ditinggalkan begitu sahaja. Pada tahun yang sama juga, seorang lagi pembesar yang bergelar Dato' Yahya Rendah cuba membuka bandar di kawasan Senangar tetapi gagal juga kerana orang-orang tua pada masa itu menyatakan "nanti mulut ternganga".
DAERAH BATU PAHAT.
- Mukim Lubok (Mukim I)
- Mukim Bagan (Mukim II)
- Mukim Peserai (Mukim III)
- Mukim Simpang Kiri (Mukim IV)
- Mukim Simpang Kanan (Mukim V)
- Mukim Linau (Mukim VI)
- Mukim Tanjung Semberong (Mukim VII)
- Mukim Sri Gading (Mukim VIII)
- Mukim Minyak Beku (Mukim IX)
- Mukim Kampung Bahru (Mukim X)
- Mukim Sungai Punggor (Mukim XI)
- Mukim Sungai Kluang (Mukim XII)
- Mukim Chaah Bahru (Mukim XVII)
- Mukim Sri Medan (Mukim XVIII)
TOKOH
Berikut tokoh yang dilahirkan atau dikaitkan dengan Batu Pahat.
- Dato Onn Jaafar - pengasas UMNO pada 1946.
- Tun Hussein Onn - Perdana Menteri ketiga Malaysia, anak lelaki Dato' Onn Jaafar
- Dr Chua Soi Lek - Menteri Kesihatan Malaysia
- Lim Kit Siang - pengasas / pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP)
- Dr Syed Husin Ali - Timbalan Presiden Parti Keadlian Rakyat
- Tan Sri Vincent Tan - Bilioner, pengerusi Berjaya Group
- Lee Kim Yew - pengerusi Country Heights Group
- Kiyai Salleh - Pemimpin Tentera Selempang Merah yg menghalang kekejaman askar PKM di Batu Pahat
- Lim Guan Eng - Ketua Menteri Pulau Pinang
- Syed Husin Ali - Timbalan Presiden Keadilan
- Tony Phua - Ahli Parlimen Petaling Utara
- Teo Nie Ching - Ahli Parlimen Serdang
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
- Kolej Kemahiran Tinggi MARA Batu Pahat
- Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat
- MRSM Batu Pahat
- Pusat Latihan Teknologi Tinggi lanjutan (ADTEC)
- Kolej Poly Tech MARA
- Kolej Kommuniti Campus Batu Pahat
- SM Teknik Batu Pahat
- SMK Datin Onn Jaafar
- SMK Dato' Sulaiman http://smkdatosulaiman.wordpress.com/
- SMK Tunku Putra (SMK Tongkang Pecah)
- SMK Tinggi Batu Pahat
- SMJK Cina Batu Pahat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Batu Pahat
- SMK Dato' Syed Esa
- SMK Temenggong Ibrahim (P)(TIGS)
- SMK Munshi Sulaiman
- SMK Dato Bentara Luar
- SMK Tun Aminah (P)
- SMK Dato' Seth
- SMK Dato' Onn
- SMK Semerah
- SMK Seri Medan
- SMK Penghulu Saat
- SMK Datuk Menteri
- SMK Senggarang
- SMK DATO'BENTARA LUAR
Sabtu, 14 Mei 2011
KL Tower di Kuala Lumpur.
Kenangan di KL Tower Animal. Di sini terdapatnya pameran spesis burung dan ular.
Harga tiket masuk......untuk local dan juga foringner.
Harga pakej yang terbaru...
INFO RINGKAS KL TOWER
Menara Kuala Lumpur atau KL Tower yang terletak di Bukit Nenas ditengah2 bandaraya Kuala Lumpur, bandaraya taman bercahaya merupakan mercu tanda kebanggaan pada ketinggian 421 meter. Merupakan menara telekomunikasi ke 4 tertinggi di dunia dan dibina dengan Kos RM316.4 juta dan dirasmikan pada 01 Okt 96 oleh Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika itu.
Final Test Hutan Smpan Bukit Nenas
INTRO
Selamat pagi tuan2. Terimakasih kerana sudi hadir dan menjadikan Hutan Simpan Bukit Nenas sebagai catatan perjalanan tuan2 pada hari ini. Terlebih dahulu saya perkenalkan diri saya......nama saya... Hutan Simpan Bukit Nenas semasa sebelum merdeka dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Weld sempena Pegawai Inggeris yang mentadbir bukit ini dahulu dan selepas merdeka dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Nenas sempena perang saudara antara Raja Puasa dengan Tengku Kudin dimana Raja Puasa mengarahkan pengikutnya menanam pokok nenas disekeliling bukit untuk melambatkan pergerakan musuh. Saiz Hutan simpan bukit nenas adalah 30 ekar bersamaan dengan 9.37 henktar dan diwartakan pada tahun 1906. Hutan simpan bukit nenas ditabbirurus oleh Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan. Hutan Simpan Bukit Nenas berstatus hutan dara premier berkategori Hutan Tanah Pamah diptrokap yang mempunyai kepelbagaian flora dan fauna seperti Kera ekor panjang dan lain-lain lagi. Untuk maklumat tuan2.. Hutan Hujan Tropika adalah 8 peratus dari keluasan dunia meliputi lembangan amazon, kongo dan asia. Terus kepada program nature walk kita pada pagi ini... objektif nature walk adalah untuk memberi pendedahan dan pengenalan Hutan Hujan Tropika. Terdapat beberapa laluan disini iaitu denai arberatum, penarahan, jelutong, merawan. Kita akan memulakan melalui denai penarahan dan diakhiri di denai merawan. Program nature walk kita mengambil masa 45 minit pada jarak 700 meter. Sebelum kita memulakan nature walk pagi...ingin saya terangkan peraturan ringkas dimana tuan2 dilarang mematah ranting, membuang sampah dan membuat bising kerana ianya akan menggangu ekosistem di Hutan Simpan Bukit Nenas serta fauna yang terdapat disini agak sensetif. Saya mengambil pendekatan berkongsi maklumat dengan tuan... saya bukannya ahli botanis atau geogalist yang mahir dalam bidang ini .. dan sebarang pertanyaan akan saya jawab sebaik mungkin.. dan sekiranya tidak saya akan merujuk kepada FRIM dan Forestry dan memberi jawapan melalui emel atau surat. Kalau tuan2 dan sedia kita akan mulakan nature walk sekarang....
1. Bunga Raya.
2. Pokok Batai.
3. Pokok Meranti Pa Ang.
4. Pokok jelutong.
5. Pokok getah.
6. Pokok Keruing bulu.
7. Pokok jering.
8. Papan tanda monyet
9. Post Batai.
10. Riang2/Cekada.
11. Pokok kerpal.
12. Pokok bakong.
13. Pokok kundang ruminia.
14. Durian Punggal/Durian hutan.
15. Platform burong.
16. Mahang Gajah.
17. Halia Baldu.
18. Setawar putih.
19. Daun mempelas.
20. Jambatan Gantung.
21. Akar Lyana.
22. Pokok jelutong.
23. Pokok bayas.
24. Penutup.
Terima kasih tuan2 kerana telah memberi perhatian di atas nature walk kita pada pagi ini. Tanggungjawab menjaga Hutan Simpan ini bukan kerajaan tetapi semua warga negara, oleh itu jika ternampak pencerobohan hutan.. sila laporkan kepada pihak berkuasa. Kurangkan penggunaan plastik dan sebagainya.... berjumpa lagi dilain masa. Sekian terima kasih.
Bakal2 Usahawan nie..
Persiapan majlis BBQ di Bukit Fraser bersama dengan En Hazri.
Inilah hasilnya..tak banyak cukuplah untuk kawan-kawan. Terimakasih juga kepada En Azman yang menyediakan rempah untuk satey ini...
Tuang je rempah tu ...bagi sebati...malam nie kita bakar di halaman Banglo kita.. ha..ha
Kalau nak order telefon En Hazri ..bakal Usahawan Satey kawasan seremban dan kelantan..ha...ha...
Perjalanan ke Gua Tempurung Perak.
Kepada yang suka bersantai ..pilihlah pakej yang biasa je.. jangan pilih advencer.... penat bro....
Lawatan ke Gua tempurung, Perak.
Ini adalah gambar kami yang baru lepas keluar dari gua tempurung...lebih kurang 2 jam kami duduk dalam gua.
Jenis-jenis pakej yang ditawarkan di Gua Tempurung. Pilihlah pakej yang rasa termampu kepada kekuatan fizzikal kkkkk
Perjalanan ke Tanjung Balai, Indonesia.
Maklumat ringkas.
Tanjung Balai terletak di Sumatera Utara, Indonesia. Jumlah penduduknya lebihkurang 120 ribu orang yang terdiri dari bangsa melayu, jawa, sunda, batak, Nias dan Tionghoa. Pecahan daerah atau dalam bahasa indonesia dipanggil kacamatan adalah 6 daerah iaitu Datuk Bandar, Datuk Bandar Timur, Sei Tualang Raso, Tanjung Balai Selatan, Tanjung Balai Utara dan Teluknibung. Walikota kota tanjungbalai yang ke 14 ialah Drs Thamrin Munthe M.Hum dan Rolel Harahap sejak tahun 2010 sehinggalah sekarang.
Pintu Masuk
Untuk sampai ke Tanjung Balai, adalah melalui Feri samada dari Singapura atau Malaysia. Anda boleh menaiki Feri di Kukus, Pontian, Johor dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke Jeti Tanjung Balai, Indonesia. Anda tidak perlu membawa wang saku yang banyak kerana disana terdapat mesin ATM untuk mengeluarkan wang atau lebih mudah menggunakan kad kredit. Wang saku yang sesuai anda bawa adalah 2 juta rupiah atau bersamaan 750 ringgit malaysia.
Ini adalah salah satu bank yang terdapat di sana.
Ini adalah Feri Tuah yang melakukan perjalanan dari Jeti Kukup pontian menuju ke Jeti Tanjung Balai, Indonesia.
Kalau anda berada di Pantai Belawan, Tanjung Balai, Indonesia kenderaan yang unik motor roda tiga yang menjual makanan terdapat di sini. Di beberapa negara asia kenderaan seperti ini terdapat di Thailand manakala singapura sukar nak jumpa.. tapi di Brunai saya kurang pasti sebab belum pernah sampai ke sana.
Tamat.......
Rabu, 11 Mei 2011
Langkawi, Kedah
Aktiviti irland holping di Langkawi. Naik bot bro....
Berjalan-jalan di sekitar Dataran Langkawi bersama Cikgu Nor B.
Dari kiri. En Pak Abu, En Bahtiar, En Ismail, En Jamaludin, Cikgu Nor B, En Azman Car Kaw teau.
Bergambar di Dataran Langkawi.....pada malam pertama tiba di sana.
Selasa, 10 Mei 2011
Pulau Kapas
Sesi bergambar di Pulau Kapas dan Breffing oleh Capt`s Long House
Kenangan di Papan tanda Pulau Kapas
Kenangan di Papan tanda Pulau Kapas
Bersama dgn Pengurus Kapas Island Resord - En Azizi
Langgan:
Catatan (Atom)