Sabtu, 14 Mei 2011

Perjalanan ke Tanjung Balai, Indonesia.

Maklumat ringkas.

Tanjung Balai terletak di Sumatera Utara, Indonesia.   Jumlah penduduknya lebihkurang 120 ribu orang yang terdiri dari bangsa melayu, jawa, sunda, batak, Nias dan Tionghoa.   Pecahan daerah atau dalam bahasa indonesia dipanggil kacamatan adalah 6 daerah iaitu Datuk Bandar, Datuk Bandar Timur, Sei Tualang Raso, Tanjung Balai Selatan, Tanjung Balai Utara dan Teluknibung.  Walikota kota tanjungbalai yang ke 14 ialah Drs Thamrin Munthe M.Hum dan Rolel Harahap sejak tahun 2010 sehinggalah sekarang. 

Pintu Masuk

Untuk sampai ke Tanjung Balai,  adalah melalui Feri samada dari Singapura atau Malaysia.    Anda boleh menaiki Feri di Kukus, Pontian, Johor dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke Jeti Tanjung Balai, Indonesia.  Anda tidak perlu membawa wang saku yang banyak kerana disana terdapat mesin ATM untuk mengeluarkan wang atau lebih mudah menggunakan kad kredit.   Wang saku yang sesuai anda bawa adalah 2 juta rupiah atau bersamaan 750 ringgit malaysia.


Ini adalah salah satu bank yang terdapat di sana.









Ini adalah Feri Tuah yang melakukan perjalanan dari Jeti Kukup pontian menuju ke Jeti Tanjung Balai, Indonesia.








 Kalau anda berada di Pantai Belawan, Tanjung Balai, Indonesia kenderaan yang unik motor roda tiga yang menjual makanan terdapat di sini.   Di beberapa negara asia kenderaan seperti ini terdapat di Thailand manakala singapura sukar nak jumpa.. tapi di Brunai saya kurang pasti sebab belum pernah sampai ke sana.












Tamat.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan