INTRO
Selamat pagi tuan2. Terimakasih kerana sudi hadir dan menjadikan Hutan Simpan Bukit Nenas sebagai catatan perjalanan tuan2 pada hari ini. Terlebih dahulu saya perkenalkan diri saya......nama saya... Hutan Simpan Bukit Nenas semasa sebelum merdeka dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Weld sempena Pegawai Inggeris yang mentadbir bukit ini dahulu dan selepas merdeka dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Nenas sempena perang saudara antara Raja Puasa dengan Tengku Kudin dimana Raja Puasa mengarahkan pengikutnya menanam pokok nenas disekeliling bukit untuk melambatkan pergerakan musuh. Saiz Hutan simpan bukit nenas adalah 30 ekar bersamaan dengan 9.37 henktar dan diwartakan pada tahun 1906. Hutan simpan bukit nenas ditabbirurus oleh Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan. Hutan Simpan Bukit Nenas berstatus hutan dara premier berkategori Hutan Tanah Pamah diptrokap yang mempunyai kepelbagaian flora dan fauna seperti Kera ekor panjang dan lain-lain lagi. Untuk maklumat tuan2.. Hutan Hujan Tropika adalah 8 peratus dari keluasan dunia meliputi lembangan amazon, kongo dan asia. Terus kepada program nature walk kita pada pagi ini... objektif nature walk adalah untuk memberi pendedahan dan pengenalan Hutan Hujan Tropika. Terdapat beberapa laluan disini iaitu denai arberatum, penarahan, jelutong, merawan. Kita akan memulakan melalui denai penarahan dan diakhiri di denai merawan. Program nature walk kita mengambil masa 45 minit pada jarak 700 meter. Sebelum kita memulakan nature walk pagi...ingin saya terangkan peraturan ringkas dimana tuan2 dilarang mematah ranting, membuang sampah dan membuat bising kerana ianya akan menggangu ekosistem di Hutan Simpan Bukit Nenas serta fauna yang terdapat disini agak sensetif. Saya mengambil pendekatan berkongsi maklumat dengan tuan... saya bukannya ahli botanis atau geogalist yang mahir dalam bidang ini .. dan sebarang pertanyaan akan saya jawab sebaik mungkin.. dan sekiranya tidak saya akan merujuk kepada FRIM dan Forestry dan memberi jawapan melalui emel atau surat. Kalau tuan2 dan sedia kita akan mulakan nature walk sekarang....
1. Bunga Raya.
2. Pokok Batai.
3. Pokok Meranti Pa Ang.
4. Pokok jelutong.
5. Pokok getah.
6. Pokok Keruing bulu.
7. Pokok jering.
8. Papan tanda monyet
9. Post Batai.
10. Riang2/Cekada.
11. Pokok kerpal.
12. Pokok bakong.
13. Pokok kundang ruminia.
14. Durian Punggal/Durian hutan.
15. Platform burong.
16. Mahang Gajah.
17. Halia Baldu.
18. Setawar putih.
19. Daun mempelas.
20. Jambatan Gantung.
21. Akar Lyana.
22. Pokok jelutong.
23. Pokok bayas.
24. Penutup.
Terima kasih tuan2 kerana telah memberi perhatian di atas nature walk kita pada pagi ini. Tanggungjawab menjaga Hutan Simpan ini bukan kerajaan tetapi semua warga negara, oleh itu jika ternampak pencerobohan hutan.. sila laporkan kepada pihak berkuasa. Kurangkan penggunaan plastik dan sebagainya.... berjumpa lagi dilain masa. Sekian terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan