Sabtu, 14 Mei 2011

KL Tower di Kuala Lumpur.


Kenangan di KL Tower Animal.   Di sini terdapatnya pameran spesis burung dan ular.
















Harga tiket masuk......untuk local dan juga foringner.












Harga pakej yang terbaru...



















INFO RINGKAS KL TOWER

Menara Kuala Lumpur atau KL Tower yang terletak di Bukit Nenas ditengah2 bandaraya Kuala Lumpur,  bandaraya taman bercahaya merupakan mercu tanda kebanggaan pada ketinggian 421 meter.  Merupakan menara telekomunikasi ke 4 tertinggi di dunia dan dibina dengan Kos RM316.4 juta dan dirasmikan pada 01 Okt 96 oleh Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika itu.

Final Test Hutan Smpan Bukit Nenas

INTRO

Selamat pagi tuan2.  Terimakasih kerana sudi hadir dan menjadikan Hutan Simpan Bukit Nenas sebagai catatan perjalanan tuan2 pada hari ini.  Terlebih dahulu saya perkenalkan diri saya......nama saya... Hutan Simpan Bukit Nenas semasa sebelum merdeka dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Weld sempena Pegawai Inggeris yang mentadbir bukit ini dahulu dan selepas merdeka dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Nenas sempena perang saudara antara Raja Puasa dengan Tengku Kudin dimana Raja Puasa mengarahkan pengikutnya menanam pokok nenas disekeliling bukit untuk melambatkan pergerakan musuh. Saiz Hutan simpan bukit nenas adalah 30 ekar bersamaan dengan 9.37 henktar dan diwartakan pada tahun 1906.   Hutan simpan bukit nenas ditabbirurus oleh Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan.    Hutan Simpan Bukit Nenas berstatus hutan dara premier berkategori Hutan Tanah Pamah diptrokap yang mempunyai kepelbagaian flora dan fauna seperti Kera ekor panjang dan lain-lain lagi.   Untuk maklumat tuan2.. Hutan Hujan Tropika adalah 8 peratus dari keluasan dunia meliputi lembangan amazon, kongo dan asia.      Terus kepada program nature walk kita pada pagi ini... objektif nature walk adalah untuk memberi pendedahan dan pengenalan Hutan Hujan Tropika.   Terdapat beberapa laluan disini iaitu denai arberatum, penarahan, jelutong, merawan.  Kita akan memulakan melalui denai penarahan dan diakhiri di denai merawan.   Program nature walk kita mengambil masa 45 minit pada jarak 700 meter.    Sebelum kita memulakan nature walk pagi...ingin saya terangkan peraturan ringkas dimana tuan2 dilarang mematah ranting, membuang sampah dan membuat bising kerana ianya akan menggangu ekosistem di Hutan Simpan Bukit Nenas serta fauna yang terdapat disini agak sensetif.  Saya mengambil pendekatan berkongsi maklumat dengan tuan... saya bukannya ahli botanis atau geogalist yang mahir dalam bidang ini .. dan sebarang pertanyaan akan saya jawab sebaik mungkin.. dan sekiranya tidak saya akan merujuk kepada FRIM dan Forestry dan memberi jawapan melalui emel atau surat.    Kalau tuan2 dan sedia kita akan mulakan nature walk sekarang.... 

1.       Bunga Raya.


2.       Pokok Batai.


3.        Pokok Meranti Pa Ang.


4.       Pokok jelutong.

5.       Pokok getah.

6.        Pokok Keruing bulu.

7.        Pokok jering.

8.        Papan tanda monyet

9.        Post Batai.

10.       Riang2/Cekada.

11.       Pokok kerpal.

12.      Pokok bakong.

13.      Pokok kundang ruminia.

14.      Durian Punggal/Durian hutan.

15.      Platform burong.

16.      Mahang Gajah.


17.      Halia Baldu.

18.      Setawar putih.


19.      Daun mempelas.

20.      Jambatan Gantung.

21.       Akar Lyana.

22.       Pokok jelutong.

23.       Pokok bayas.

24.        Penutup.


Terima kasih tuan2 kerana telah memberi perhatian di atas nature walk kita pada pagi ini.   Tanggungjawab menjaga Hutan Simpan ini bukan kerajaan tetapi semua warga negara,  oleh itu jika ternampak pencerobohan hutan.. sila laporkan kepada pihak berkuasa.   Kurangkan penggunaan plastik dan sebagainya.... berjumpa lagi dilain masa.  Sekian terima kasih. 


Bakal2 Usahawan nie..


Persiapan majlis BBQ di Bukit Fraser bersama dengan En Hazri.  














 Inilah hasilnya..tak banyak cukuplah untuk kawan-kawan.   Terimakasih juga kepada En Azman yang menyediakan rempah untuk satey ini... 













Tuang je rempah tu ...bagi sebati...malam nie kita bakar di halaman Banglo kita.. ha..ha

Kalau nak order telefon En Hazri ..bakal Usahawan Satey kawasan seremban dan kelantan..ha...ha...

Perjalanan ke Gua Tempurung Perak.




Kepada yang suka bersantai ..pilihlah pakej yang biasa je..  jangan pilih advencer.... penat bro....
Lawatan ke Gua tempurung, Perak. 














Ini adalah gambar kami yang baru lepas keluar dari gua tempurung...lebih kurang 2 jam kami duduk dalam gua.




Jenis-jenis pakej yang ditawarkan di Gua Tempurung.    Pilihlah pakej yang rasa termampu kepada kekuatan fizzikal kkkkk

Perjalanan ke Tanjung Balai, Indonesia.

Maklumat ringkas.

Tanjung Balai terletak di Sumatera Utara, Indonesia.   Jumlah penduduknya lebihkurang 120 ribu orang yang terdiri dari bangsa melayu, jawa, sunda, batak, Nias dan Tionghoa.   Pecahan daerah atau dalam bahasa indonesia dipanggil kacamatan adalah 6 daerah iaitu Datuk Bandar, Datuk Bandar Timur, Sei Tualang Raso, Tanjung Balai Selatan, Tanjung Balai Utara dan Teluknibung.  Walikota kota tanjungbalai yang ke 14 ialah Drs Thamrin Munthe M.Hum dan Rolel Harahap sejak tahun 2010 sehinggalah sekarang. 

Pintu Masuk

Untuk sampai ke Tanjung Balai,  adalah melalui Feri samada dari Singapura atau Malaysia.    Anda boleh menaiki Feri di Kukus, Pontian, Johor dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke Jeti Tanjung Balai, Indonesia.  Anda tidak perlu membawa wang saku yang banyak kerana disana terdapat mesin ATM untuk mengeluarkan wang atau lebih mudah menggunakan kad kredit.   Wang saku yang sesuai anda bawa adalah 2 juta rupiah atau bersamaan 750 ringgit malaysia.


Ini adalah salah satu bank yang terdapat di sana.









Ini adalah Feri Tuah yang melakukan perjalanan dari Jeti Kukup pontian menuju ke Jeti Tanjung Balai, Indonesia.








 Kalau anda berada di Pantai Belawan, Tanjung Balai, Indonesia kenderaan yang unik motor roda tiga yang menjual makanan terdapat di sini.   Di beberapa negara asia kenderaan seperti ini terdapat di Thailand manakala singapura sukar nak jumpa.. tapi di Brunai saya kurang pasti sebab belum pernah sampai ke sana.












Tamat.......